Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Lee: Singapura mainkan peranan sepenuhnya untuk tangani perubahan iklim

Sep 24, 2019 | 09:25 AM



 





NEW YORK - Singapura akan memainkan peranan sepenuhnya untuk mengurangkan perubahan iklim, kata  Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong semalam (23 September) di sidang Puncak Tindakan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).



Para pemimpin dunia hadir dalam puncak itu bagi membentangkan langkah dilakukan negara mereka untuk menangani pemanasan sejagat.



“Namun, segigih mungkin percubaan kami, Singapura tidak dapat menghentikan perubahan iklim secara sendiri. Justeru, kami bekerjasama dengan negara-negara lain bagi tangani usaha bersama ini,” kata PM Lee, dalam ucapannya di sidang sejagat di New York.



Beliau akan berada di sana sehingga Jumaat ini.



Singapura, seperti negara pulau kecil yang lain, terdedah terhadap kesan pemanasan sejagat seperti paras laut yang semakin meningkat, kata Encik Lee. 



Beliau memberi mesej yang sama dalam Rapat Hari Kebangsaannya Ogos lalu, sambil menyatakan: “Untuk kami, perubahan iklim wujud.”



Menurut The Straits Times (ST), sepanjang hari, pemimpin negara membentangkan ucapan tentang apa yang telah mereka laksanakan.



Contohnya, terdapat negara yang mengurangkan karbon pada kadar sama dari jumlah karbon yang dikeluarkan (carbon neutrality) dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida atau gas ‘rumah hijau’, untuk menangani apa yang dipanggil krisis iklim oleh Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres.



PM Lee menyatakan bahawa Singapura berikrar agar pelepasan gas karbon akan capai paras puncak pada sekitar tahun 2030, dan kemudian negara ini akan beralih kepada bekalan tenaga campuran dan huraian yang lebih bersih.



Oleh kerana Singapura bandar yang kecil, sukar bagi Singapura untuk menggunakan sumber tenaga yang alternatif seperti turbin angin kerana ia perlukan tanah yang besar. 



Namun, Singapura telah membangunkan huraian kreatif seperti panel solar berskala besar yang terapung di kolam air Singapura dan juga di luar pesisir, kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >