Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Dunia

PM Lee, Trump perbaharu pakatan pertahanan bagi benarkan AS guna pangkalan udara dan laut S’pura

Sep 24, 2019 | 08:00 AM

 

 

NEW YORK - Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump telah memperbaharui pakatan pertahanan utama yang membenarkan pertahanan Amerika menggunakan pangkalan udara dan tentera laut Singapura, yang dilanjutkan buat 15 tahun lagi sehingga 2035.

Menurut The Straits Times (ST), kedua-dua pemimpin itu memuji perhubungan rapat antara Singapura dengan Amerika Syarikat apabila mereka menandatangani satu protokol pindaan Memorandum Persefahaman 1990 (MOU) Mengenai Penggunaan Kemudahan Singapura oleh Amerika Syarikat, perjanjian penting yang menyokong kehadiran keselamatan Amerika di rantau ini selama hampir 30 tahun.

Dalam ucapan ringkas sebelum menandatangani pakatan itu, Encik Lee berkata: “Ia mencerminkan kerjasama kami yang baik dalam bidang pertahanan antara Amerika Syarikat dengan Singapura, dan juga kerjasama lebih luas dalam banyak bidang yang lain -  keselamatan, ekonomi, langkah mengekang pengganasan dan juga budaya dan pendidikan.

“Jadi, kami amat gembira dengan hubungan ini,” kata PM Lee, di Hotel Intercontinental New York Barclays. 

“Kami harap dapat mengembangkannya. Dan kami harap ia juga satu wadah bagi AS untuk mendalami penglibatannya di Asia Tenggara dan rantau Asia-Pasifik.”

Encik Trump berkata AS “berkawan rapat” dengan Singapura, dan beliau dan Encik Lee telah mengenal satu sama lain dengan baik sekali. 

“Kami mempunyai hubungan luar biasa dengan Singapura dan juga Perdana Menterinya,” kata Encik Trump.

MOU 1990 ditandatangani oleh mantan Perdana Menteri, Encik Lee Kuan Yew dan mantan Naib Presiden AS, Encik Dan Quayle, dan kali terakhir diperbaharu pada tahun 2005.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian