PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Encik Narendra Modi atas kemenangan partinya, Parti Bharatiya Janata (BJP), dalam pilihan raya umum India yang baru berlalu.
Melalui laman Facebooknya semalam, Encik Lee berkata beliau berharap dapat "bekerjasama dengan pemerintah India yang baru bagi mengukuhkan lagi pertalian India-Singapura".