Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sidang Puncak G-20

PM Lee: Usah gerun perubahan teknologi

Dec 01, 2018 | 12:30 PM



BUENOS AIRES: Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata negara-negara harus mendakap perubahan teknologi dan tidak menyekatnya.



Beliau juga menggesa pemerintah negara-negara itu untuk membantu pekerja - yang terjejas oleh teknologi baru - menambah keupayaan supaya boleh mendukung jawatan baru, dalam ucapan ringkas di sidang puncak G-20 yang sedang berlangsung di Argentina.



“Kita tidak boleh membekukan keadaan yang seadanya, kita tidak akan berjaya memelihara perancangan yang telah ditinggalkan masa, kerana dunia akan meninggalkan kita di belakang,” kata Encik Lee, dalam ucapannya yang menyentuh tentang masa depan pekerjaan.



Syarikat dan perusahaan perlu menyesuaikan keupayaan dengan teknologi dan keadaan pasaran baru, sementara pekerja perlu mengubah pemikiran kepada pembelajaran sepanjang hayat, tambah Encik Lee.


Singapura menghadiri sidang puncak G-20 sebagai wakil Asean, selaku pengerusinya tahun ini, dan di atas undangan Argentina, yang juga presiden G-20 bagi 2018.



Singapura juga mewakili pakatan tidak rasmi negara kecil dan sederhana, yang dikenali sebagai Kumpulan Tadbir Urus Dunia.

Dalam ucapannya di sesi tentang ekonomi dunia, masa depan pekerjaan dan pemerkasaan wanita, Encik Lee berkata negara-negara perlu berusaha berdasarkan teras bahawa penjejasan teknologi akan mencipta pekerjaan baru bagi menggantikan pekerjaan lama yang ditiadakan.



Sebagai contoh, kata Encik Lee, walau robot telah menggantikan manusia di sebahagian operasi kilang, manusia masih diperlukan untuk memprogram dan mengendalikan mesin. Dalam pekerjaan profesional seperti perakaunan dan perundangan, di mana pekerjaan rumit dan berulang kian dilaksana secara automatik, karyawan yang menumpu perhatian kepada usaha yang memerlukan interaksi dan kebijaksanaan manusia masih berkekalan, kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >