Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Lee utus kawat takziah kepada PM Jepun

Jul 09, 2022 | 02:30 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menyampaikan ucap takziah kepada rakan sejawatannya di Jepun, Encik Kishida Fumio, di atas pemergian mantan Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe.



Menerusi kawat takziahnya pada Sabtu (9 Julai), Encik Lee meluahkan takziah sedalam-dalamnya di atas kematian mengejutkan dan tragik Encik Abe yang ditembak mati seorang lelaki bersenjata dalam satu perhimpunan kempen di wilayah Nara di Jepun pada Jumaat.



Singapura mengecam sekeras-kerasnya perbuatan ganas yang tidak masuk akal ini, kata Encik Lee kepada Encik Kishida.



“Sebagai Perdana Menteri Jepun yang paling lama berkhidmat, Encik Abe telah memberi sumbangan bermakna pada Jepun menerusi langkah pembaharuan seperti ‘Abenomics’ yang membangun ekonomi dan masyarakat Jepun serta memperbaiki kehidupan warga Jepun biasa,” tulis Encik Lee.



Beliau menyambung:

“Saya berpeluang bekerjasama dengan Encik Abe selama hampir sedekad. Dengan sokongannya, hubungan Singapura-Jepun berkembang semakin padu dengan kerjasama diperluas dalam banyak bidang seperti perdagangan dan pelaburan, inovasi, perkembangan prasarana, kota bijak dan pertukaran budaya.”



Encik Lee juga menganggap mendiang Encik Abe sebagai negarawan antarabangsa aktif yang mendalami usaha Jepun mendekati kelompok serantau seperti Persatuan Negara Asia Tenggara (Asean) dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec).



Sewaktu tempoh pemerintahan Encik Abe, Singapura dan Jepun bekerja rapat dalam menggalak seni bina serantau yang bebas, terbuka dan inklusif serta multilateralisme dan liberalisasi perdagangan, tambah Encik Lee.



Menurutnya, Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) tidak akan dirumuskan dengan jaya tanpa Encik Abe dan visi serta kepimpinan Jepun.



Encik Lee juga berkata hubungan rapat Encik Abe dengan Singapura jelas kelihatan apabila Encik Abe meluangkan masa untuk menghadiri upacara pengebumian negara bapa pengasas Singapura, Encik Lee Kuan Yew pada 2015 dan mantan Presiden, Encik S R Nathan pada 2016.



“Encik Abe akan selalu dikenang sebagai sahabat karib Singapura. Pemergian Encik Abe akan dirasakan secara mendalam di Jepun, Singapura dan serata dunia,” jelasnya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >