Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM M’sia umum barisan kabinet baru, empat menteri kanan dinamakan

Mar 09, 2020 | 06:13 PM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kabinetnya pada lewat petang Isnin (9 Mac), menamakan pemimpin dari setiap komponen Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai kabinet, tanpa melantik sesiapa sebagai timbalan menteri. 



Tan Sri Muhyiddin, yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, membentuk empat jawatan menteri kanan dan membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di televisyen.



Bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik Menteri Kanan merangkap Perdagangan Antarabangsa dan Industri.



Naib presiden Umno, Ismail Sabri, dilantik Menteri Kanan merangkap Pertahanan. 



Naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik Menteri Kanan merangkap Kerja Raya.



Menteri Kanan yang terakhir adalah Dr Mohd Radzi Md Jidin dari Bersatu, yang juga dilantik sebagai Menteri Pendidikan. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >