Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Malaysia Najib Razak turut ambil nasi, tidak ambil quinoa sahaja

Feb 24, 2018 | 05:22 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak menjelaskan bahawa beliau turut mengambil nasi, tidak hanya mengambil bijiran quinoa sahaja untuk hidangan harian beliau seperti yang didakwa oleh pemimpin Pakatan Harapan diketuai DAP. 



Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang dimuatnaikkan di Facebook semalam, pihak tertentu telah memutar belit kenyataan Najib berkenaan rutin kesihatan dan pemakanan yang telah dibuat oleh beliau dalam acara Bajet 2018 Bersama Rakyat: Kesejahteraan Isi Rumah semalam.



“Kita sedia maklum Perdana Menteri menghadiri banyak acara setiap minggu dan sentiasa dijamu dengan pelbagai makanan termasuk nasi dalam majlis-majlis tersebut,” kata kenyataan tersebut, di sini hari ini.



Kenyataan tersebut memaklumkan bijirin jenis quinoa merupakan sebahagian dari rejim diet sihat yang diamalkan oleh Najib.



“Ia juga adalah atas nasihat doktor, selain itu Perdana Menteri juga melakukan senaman secara rutin bagi menjaga kesihatan dan kecergasan,” katanya. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >