KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin tidak akan menghadapi undi keyakinan pada 18 Mei seperti yang dijadualkan, kata Speaker Parlimen Malaysia pada Rabu (13 Mei).
Ini berikutan kenyataan kerajaan yang menetapkan usaha menangani Covid-19 sebagai perkara yang diutamakannya pada masa ini.
Minggu lalu, Speaker itu telah meluluskan usulan mengadakan undi tidak yakin terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed, 94 tahun. Tun Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Februari lalu apabila parti gabungannya, Pakatan Harapan, tumbang.
Namun, dalam satu kenyataan, Speaker Mohamad Ariff Md Yusof berkata Tan Sri Muhyiddin memberitahunya bahawa kerajaan memutuskan untuk hanya menyenaraikan satu urusan parlimen pada 18 Mei, iaitu ucapan pembukaan Yang Di-Pertuan Agong.
Ini kerana "pandemik Covid-19 belum selesai sepenuhnya", jelas Speaker Parlimen itu.
Sidang Parlimen seterusnya dijadual berlangsung mulai 13 Julai hingga 27 Ogos, tetapi tiada lagi tarikh yang diusul bagi undi keyakinan.- Reuters


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg