Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Muhyiddin bentang rancangan 4 fasa bagi M'sia atasi pandemik

Jun 16, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam melancarkan rancangan pasca pandemik empat fasa bagi negara itu untuk keluar dari krisis.



Tan Sri Muhyiddin, dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, melancarkan Pelan Pemulihan Negara, yang menjangkakan bahawa Malaysia boleh secara beransur-ansur membuka ekonomi dan sektor sosial mulai September.



"Kita tidak boleh berterusan begini. Demi kesihatan dan kelangsungan hidup kita semua, kita perlu segera keluar daripada krisis ini," katanya.



Tan Sri Muhyiddin berkata perintah kawalan pergerakan sekarang menelan belanja RM1 bilion ($320 juta) setiap hari.



Katanya lagi, sebahagian besar ekonomi negara itu dijangka dibuka semula menjelang hujung Oktober, berdasarkan ramalan sekarang.



Negara itu kini sedang menjalani perintah kawalan pergerakan ketiganya untuk mengatasi gelombang jangkitan Covid-19 terbaru.



Tan Sri Muhyiddin berkata penutupan sekarang ini merupakan fasa pertama daripada rancangan keluar dari krisis, dan menggariskan beberapa faktor yang akan membolehkan negara itu menuju fasa dengan sekatan yang dilonggarkan.



Dalam fasa kedua, sekatan Covid-19 akan dilonggarkan sedikit sambil mengekalkan larangan sektor sosial dan sekatan perjalanan, akan bermula apabila jangkitan baru setiap hari di Malaysia merosot ke bawah 4,000 kes, dan setelah 10 peratus penduduk divaksinasi sepenuhnya. Ini dijangka berlaku pada Julai dan Ogos.



Fasa ketiga, yang dijangka bermula hujung Oktober, akan menyaksikan sebahagian besar sektor ekonomi dibuka, sementara sekatan ke atas beberapa sektor sosial masih dikekalkan. Syaratnya kes harian mesti merosot ke bawah 2,000 sehari dan 40 peratus penduduk harus diberi vaksin sepenuhnya.



Pembukaan semula sepenuhnya dijangka bermula November, setelah 60 peratus penduduk telah divaksinasi sepenuhnya dan kes harian merosot ke bawah 500 sehari, katanya. - Agensi berita




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >