PM Muhyiddin: Saya bukan pengkhianat, ingin menyelamatkan negara, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:53
Isyak
8:03
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

PM Muhyiddin: Saya bukan pengkhianat, ingin menyelamatkan negara

Mar 03, 2020 | 12:02 AM

PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa beliau bukan seorang pengkhianat dan hanya menerima jawatan sebagai Perdana Menteri kerana beliau ingin menyelamatkan negara Malaysia daripada dilanda krisis politik.

Dalam satu ucapan yang disiarkan secara langsung pada Isnin (2 Mac), PM Muhyiddin yang dilantik jawatan itu pada Ahad (1 Mac) menjelaskan bahawa beliau tidak mengidamkan untuk menjadi Perdana Menteri tetapi telah menampilkan diri untuk menyelesaikan keadaan semasa, lapor The Star.

"Saya sebenarnya mengambil masa untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan," katanya.

Beliau menambah bahawa jawatan itu diterima agar dapat mengelakkan Parlimen daripada dibubarkan dan jika beliau terus meyokongi Tun Dr Mahathir - yang tidak menerima sokongan majoriti - masalah politik Malaysia akan terus berpanjangan.

"Dengar lah baik-baik, saya bukan lah pengkhianat, naluri saya jelas bahawa keberadaan saya di sini untuk menyelamatkan negara daripada berterusan dilanda kamelot ini," tegasnya sambil menekankan bahawa sejajar dengan kehendak rakyat, beliau juga menginginkan kerajaan yang bersih dan bebas rasuah. - The Star/Asia News Network.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map