WELLINGTON: New Zealand semalam mengumumkan larangan segera terhadap senapang separuh automatik dan serangan gaya tentera.
Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan larangan tersebut sebagai sebahagian perubahan besar terhadap undang-undang senjata negara itu berikutan serangan Jumaat lalu di dua masjid di Christchurch yang mengorbankan 50 orang dan mencederakan berpuluh-puluh.