BANGKOK: Kerajaan Thailand menggesa polis supaya mempertingkat usaha menangkap mereka yang bertanggungjawab menyusuli keganasan antara polis dan aktivis sedang satu lagi tunjuk perasaan dirancang bagi empat hari berturut-turut.
Ribuan penunjuk perasaan antikerajaan tidak mengendahkan perintah darurat yang melarang perhimpunan dengan berkumpul di jalan raya di pusat bandar Bangkok kelmarin setelah Perdana Menteri Prayut Chan-Ocha menolak gesaan supaya beliau mengundur diri.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg