Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Thai pertahan putusan mahkamah dua rakyat Myanmar bersalah bunuh dua pelancong Britain

Dec 28, 2015 | 02:30 PM



BANGKOK: Perdana Menteri Thailand menyelar pada Isnin (28 Dis) penunjuk perasaan yang membantah di jalan raya di Yangon hujung minggu lalu, selepas mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman mati ke atas dua pekerja Myanmar kerana membunuh dua pelancong British.


Jeneral Prayuth Chan-ocha berkata pengkritik perlu menghormati keputusan itu, dan sistem keadilan Thailand tidak akan tunduk kepada tekanan awam.


"Mereka mempunyai hak untuk merayu, bukan? Undang-undang di seluruh dunia mempunyai ini. Atau undang-undang Thailand tidak mempunyai ini? Apakah kita perlu melepaskan semua orang apabila dikenakan tekanan?" kata beliau, yang jelas kelihatan marah, kepada pemberita sebelum menaiki pesawat ke wilayah selatan Surat Thani.


Zaw Lin dan Win Zaw Htun, kedua 22 tahun , didapati bersalah oleh mahkamah Thailand pada Khamis (24 Dis) membunuh Cik Hannah Witheridge, 23 tahun, dan Encik David Miller, 24 tahun.


Mayat dua mangsa itu ditemui di sebuah pantai di pulau percutian di Koh Tao di selatan Thai pada 2014.


Keputusan itu mencetus kemarahan di Myanmar, di mana beratus-ratus orang mengadakan bantahan setiap hari di luar Kedutaan Thailand di Yangon, bandar terbesar di Myanmar, menggesa agar dua orang itu dibebaskan.


Penunjuk perasaan berkata mereka dijadikan kambing hitam oleh pihak berkuasa Thailan dalam usaha menutup kes berprofil tinggi itu.


Pada Sabtu lalu, ketua tentera Myanmar menyeru Thailand supaya mengkaji semula hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka.


Siasatan polis mengenai pembunuhan itu penuh dengan tuduhan polis tidak cekap, tertuduh didera dan bukti dikendali dengan tidak betul, tetapi hakim menolak dakwaan penderaan itu, dengan berkata tidak ada bukti ia berlaku.


Mahkamah membuat keputusan berdasarkan bukti DNA yang katanya mengaitkan Zaw Lin dan Win Zaw Htun dengan jenayah itu, termasuk sampel yang diambil daripada tubuh Cik Witheridge.


Dua lelaki Myanmar itu juga didapati bersalah merogol Cik Witheridge.


Seorang peguam mereka telah berkata mereka akan mengemukakan rayuan dalam masa satu bulan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >