Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Turkey: Serangan mungkin tindakan IS

Jun 29, 2016 | 02:41 PM



ISTANBUL (Turkey): Perdana Menteri Turkey, Encik Binali Yildirim hari ini berkata, tanda-tanda awal menunjukkan serangan berani mati di lapangan terbang Istanbul dilakukan kumpulan pengganas Negara Islam (IS).



Beliau turut mengumumkan angka kematian akibat serangan itu telah meningkat kepada 36.



Kira-kira 140 yang lain dilaporkan cedera.



"Menurut maklumat yang paling baharu, 36 orang telah kehilangan nyawa," kata Encik Yildirim kepada wartawan di tempat kejadian, sambil menambah "bukti serangan telah ditujukan kepada Daesh", dengan menggunakan nama lain bagi negara Islam (IS).



Perdana Menteri menambah 'ramai yang cedera, tanpa memberi satu angka.



Tiga pengebom berani mati telah bertindak melepaskan tembakan ke arah penumpang dengan senapang automatik sebelum meletupkan diri sendiri, kata Encik Yildirim.



Beliau tidak mengenal pasti identiti pengebom itu atau menyatakan kewarganegaraan mereka.



Perdana Menteri berkata, penyerang tiba di lapangan terbang dengan teksi.



Beliau menolak sebarang kelemahan keselamatan di Ataturk, yang merupakan salah satu hab udara paling sibuk di Eropah. - Agensi, mStar Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >