Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Australia bantu siasatan antarabangsa terhadap 1MDB

Jan 10, 2017 | 11:00 AM



SYDNEY: Polis Persekutuan Australia (AFP) berkata pada Selasa (10 Jan) mereka sedang bekerja bersama agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa bagi menyiasat syarikat dana kekayaan negara Malaysia, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).



AFP bertanggungjawab menyiasat pelanggaran undang-undang berkaitan hasil daripada jenayah syarikat, rakyat dan penduduk Australia.



"AFP sedar mengenai dakwaan berhubung syarikat yang ada kaitan dengan 1MDB dan telah membantu rakan-rakan penguatkuasaan undang-undang asing kita dalam siasatan mereka berhubung beberapa perkara ini," kata AFP dalam satu kenyataan melalui e-mail.



Namun, ia enggan memberi komen lanjut kerana siasatan masih berjalan.



AFP tidak respons kepada soalan mengenai laporan bahawa ia sedang menyiasat apakah ada keuntungan kewangan daripada skandal itu berada di Australia atau dengan agensi antarabangsa mana ia sedang bekerja bersama berhubung siasatan tersebut.



1MDB menjadi subjek siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara lain, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.



Tindakan undang-undang sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika mendakwa lebih AS$3.5 bilion ($5 bilion) disalahgunakan daripada 1MDB.



Tindakan undang-undang itu berusaha merampas AS$1 bilion dalam bentuk aset yang didakwa disalurkan daripada 1MDB untuk membeli hartanah mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga serta jet peribadi. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >