Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Australia disiasat kerana bunuh wombat

Oct 03, 2019 | 05:54 PM



SYDNEY - Seorang pegawai polis disiasat setelah video dalam talian menunjukkan bahawa dia memukul seekor wombat menggunakan batu sehingga mati, kata polis awal hari ini (3 Oktober).



Video itu menunjukkan seorang lelaki tidak berbaju secara perlahan mengekori seekor wombat di laluan tanah, melemparkan batu-bata ke arah wombat manakala seorang lagi merakam aksi itu dan memberi dorongan.



Setelah menunjukkan ‘thumbs-up’ ke arah kamera, lelaki pertama itu memukul wombat itu tiga kali sebelum ia jatuh ke tanah dan berhenti bergerak.



Lelaki itu mengangkat tangannya kononnya berjaya, dan pemandu dalam video itu berkata, “Oh tidak, kau membunuhnya.”



Wombat adalah sejenis marsupial yang aktif pada waktu malam dan spesis yang terlindung di Australia.



Penyiar negara ABC melaporkan bahawa Pesuruhjaya Polis Selatan Australia, Encik Grant Stevens telah mengesahkan bahawa lelaki itu seorang pegawai polis dan perkara ini akan ditangani segera secara dalaman, dan kemungkinan kesalahan jenayah juga akan disiasat.



Polis negara Australia Selatan berkata mereka “dimaklumkan” akan video yang tersebar di media sosial di mana seorang lelaki “menyebabkan kecederaan ke atas seekor wombat”.



Menurut satu kenyataan, “pada masa ini, polis mengesahkan mereka memandang serius kejadian itu dan sedang memeriksa video tersebut.”



“Siasatan sedang dilakukan untuk secara rasmi mengenal pasti lelaki tersebut; kemudian mengambil tindakan yang sepatutnya.”



“Pertubuhan Kesedaran Wombat, sebuah kumpulan penyelamat bukan pemerintah yang memuatnaikkan video itu lewat semalam berkata: “Ini harus berhenti.” - AFP





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >