Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki ditembak di London, disyaki terlibat dalam serangan pengganasan

Feb 03, 2020 | 08:07 AM



LONDON (REUTERS) - Polis menembak mati seorang lelaki selepas dia menikam dua orang di selatan London dalam apa yang disifatkan polis sebagai satu kejadian pengganasan.



Dalam kenyataannya, polis mendapati lelaki di Streatham High Road itu “membawa parang dan kanister perak di dadanya.”



“Kami mengesahkan lelaki yang ditembak oleh polis kira-kira jam 2 petang tadi di #Streatham High Road, mati,” kata Polis Metropolitan London menerusi Twitter.



"Kejadian ini diisytihar sebagai berkaitan dengan pengganas.”



“Kita percaya ada dua mangsa cedera dan masih menunggu perkembangan lanjut mengenai keadaan mereka.”



Seorang lelaki sedang dirawat kerana cedera selepas ditikam, manakala seorang lagi wanita menghadapi kecederaan kurang serius.



Seorang lagi wanita terkena serpihan kaca selepas pegawai polis melepaskan tembakan. Beberapa kejadian berkaitan pengganas dilaporkan berlaku di Britain sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada 29 November tahun lalu, seorang pengganas Usman Khan membunuh dua orang sebelum ditembak mati oleh polis di London Bridge. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >