Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis buru suspek dalangi serangan siber

May 15, 2017 | 02:45 PM



WASHINGTON: Para pegawai serata dunia kini sedang memburu suspek yang mendalangi serangan siber terbesar yang menyerang sistem di puluhan negara termasuklah bank, hospital dan agensi pemerintah seluruh dunia.



Microsoft harini pula menyalahkan pemerintah Amerika Syarikat kerana tidak mendedahkan kelemahan perisian yang menyebabkan serangan siber itu.



Agensi Kerjasama Penguatkuasaan Undang-Undang Kesatuan Eropah (Europol) berkata serangan terbaru itu berada pada tahap membimbangkan dan memerlukan siasatan menyeluruh pada peringkat antarabangsa bagi mengesan suspek terlibat.



Tambah Europol, sebuah pasukan petugas khas di Pusat Jenayah Siber Eropah di kerahkan membantu siasatan dan memainkan peranan penting bagi menyokong usaha tersebut.



Pakar keselamatan siber berkata penularan 'cecacing' yang dikenali sebagai 'WannaCry' itu – yang mengunci lebih 200,000 komputer di lebih 150 negara – telah berkurangan namun timbul kebimbangan 'cecacing' versi baru pula akan menyerang.



Serangan berkenaan menggunakan ransomware yang memecah masuk ketirisan keselamatan pada sistem operasi Windows seseorang individu lalu mengunci fail komputer mereka dan perlu membayar sejumlah wang dalam bentuk Bitcoin kepada suspek.



Satu imej akan terpapar pada skrin komputer mangsa yang menuntut pembayaran sebanyak AS$300 ($420.70).



Selain itu, suspek akan menuntut mangsa membuat pembayaran dalam tempoh tiga hari dan jika enggan, jumlah tersebut bakal digandakan malah sekiranya tiada transaksi wang dilakukan dalam masa tujuh hari, fail peribadi mereka berkemungkinan dipadam. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >