Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Canada temui mayat suspek bunuh, seorang lagi masih bebas

Sep 07, 2022 | 06:01 AM



OTTAWA: Polis Canada menemui mayat seorang daripada dua suspek yang disyaki membunuh 11 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 19 yang lain dalam serangan tikaman di wilayah Saskatchewan.



Bagaimanapun, adik kepada suspek yang terbunuh itu masih bebas.



Serangan itu adalah antara yang paling mengerikan dalam sejarah moden Canada dan polis berkata sesetengah mangsa kelihatan menjadi sasaran, manakala yang lain disyaki serangan rambang.



Damien Sanderson, 31 tahun, ditemui mati di James Smith Cree Nation dan adiknya, Myles Sanderson, 30 tahun, 'mungkin mengalami kecederaan' dan mendapatkan rawatan perubatan, kata Penolong Pesuruhjaya Royal Canadian Mounted Police (RCMP), Cik Rhonda Blackmore, pada sidang akhbar.



"Dengan kematian seorang saudara lelaki Sanderson dan kecederaan kepada yang lain, jumlah mangsa yang maut kini berjumlah 11 orang, manakala 19 lagi cedera.



"Mayat Damien ditemui di luar sebuah rumah. Polis boleh mengesahkan suspek mengalami kecederaan yang dipercayai tidak dilakukan sendiri pada ketika ini," kata Cik Blackmore, tanpa menyatakan punca kecederaan itu.



Ditanya sama ada Myles disyaki turut membunuh abangnya, Cik Blackmore berkata pihaknya belum dapat mengesahkannya.



"Kami tidak boleh mengatakan satu cara atau yang lain jika Myles terbabit dalam kematian Damien.



"Polis memberi amaran dan masih menganggap Myles sebagai berbahaya kepada orang ramai walaupun dia cedera. Dia mempunyai rekod jenayah, bersenjata dan berbahaya. Jangan mendekatinya," katanya.



Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, menyifatkan serangan itu sebagai "mengejutkan dan menyayat hati".



Kejadian tikaman itu dilaporkan berlaku pada 8.20 pagi waktu tempatan kelmarin dan polis mengeluarkan amaran orang berbahaya di seluruh wilayah negara itu.



Serangan berlaku di beberapa lokasi, termasuk James Smith Cree Nation dan Weldon di Saskatchewan serta terdapat 13 tempat kejadian jenayah sedang disiasat polis. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >