MANILA: Polis Filipina berkata sindiket yang menculik seorang warga Singapura, Cik Wu Yan, menjadikan pelanggan kasino sebagai sasaran dan ia juga terlibat dalam dua lagi penculikan bagi mendapatkan wang tebusan.
Dalam satu sidang akhbar semalam, ketua unit antipenculikan polis Fipilina, Superintenden Kanan Glenn Dumlao, berkata anggota sindiket itu menyamar sebagai pemain di kasino bagi mendekati mangsa.