Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

Polis guna tindakan keras surai perhimpunan bantah vaksinasi Covid-19

Sep 23, 2021 | 05:30 AM



MELBOURNE: Polis terpaksa menggunakan penyembur lada, cota dan bom tangan bebola getah bagi menyuraikan peserta perhimpunan yang membantah vaksinasi Covid-19 mandatori terhadap pekerja binaan.



Lebih 1,000 peserta perhimpunan itu yang memakai but serta jaket keselamatan berarak di tengah bandar raya sambil menyalakan suar, membaling botol, menyerang kenderaan polis dan membantah pemberian vaksin serta larangan perintah berkurung.



Peserta perhimpunan itu mengadakan demonstrasi selama beberapa jam, melakukan provokasi terhadap polis dan tidak mengendahkan gesaan pihak berkuasa supaya mereka bersurai.



Pesuruhjaya Polis Victoria, Shane Patton, berkata seramai 500 anggota terpaksa mengambil tindakan tegas bagi mengawal situasi berkenaan.



"Segala tindakan yang terpaksa diambil terhadap peserta demonstrasi ini amat diperlukan kerana kami tidak boleh membiarkan tingkah laku sebegini berlarutan.



"Kami akan menghentikan protes ini. Kami akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab," katanya.



Patton berkata, sekurang-kurangnya tiga anggota polis cedera manakala lebih 40 orang ditahan dalam kejadian kelmarin.



Beberapa petugas media turut diserang termasuk seorang wartawan sebuah stesen televisyen dipukul di bahagian kepala ketika sedang bersiaran langsung.



Pemimpin kesatuan sekerja membantah tindakan perhimpunan itu serta mendakwa protes terbabit dirampas oleh aktivis antivaksin.



Melbourne kini sedang melaksanakan perintah berkurung selama tujuh minggu bagi mengawal penularan Covid-19 terutama varian Delta.



Beberapa kelompok dikaitkan dengan tapak pembinaan yang mana langkah membendung wabak itu didakwa sebagai lemah.



Sebagai tindak balas, pihak berkuasa melaksanakan perintah sekatan yang lebih tegas, menutup bilik rehat, mewajibkan vaksinasi dalam kalangan pekerja buruh dan menghentikan operasi tapak binaan selama dua minggu.



Tapak pembinaan di seluruh Melbourne terpaksa ditutup kelmarin setelah para pekerja membuat rusuhan terhadap keperluan vaksinasi di bandar kedua terbesar di Australia.



Tapak bina akan ditutup selama dua minggu, dalam apa yang digambarkan pihak berkuasa sebagai tindak balas kepada "ketidakpatuhan yang meluas" terhadap peraturan Covid-19 selain protes ganas.



Pada sabtu lalu, beberapa anggota polis cedera manakala beratus-ratus penunjuk perasaan ditangkap di Melbourne, Australia dalam protes antisekatan.



Para anggota menyembur pemedih mata dan menangkap lebih 200 orang ketika beberapa ratus orang melanggar arahan duduk di rumah dan berarak di bandar raya kedua terpadat di negara itu.



Sementara itu gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter melanda tenggara Australia pada pagi semalam.



Berdasarkan laporan awal, orang ramai bertempiaran lari meninggalkan premis masing-masing selepas merasai gegaran kuat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >