Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis HK guna gas pemedih mata semasa bantahan Hari Tahun Baru

Jan 1, 2020 | 6:33 PM
TUNJUK PERASAAN: Penunjuk perasaan di Hong Kong pada 1 Januari 2020.
TUNJUK PERASAAN: Penunjuk perasaan di Hong Kong pada 1 Januari 2020. - Foto AP

HONG KONG: Polis Hong Kong melepaskan gas pemedih mata beberapa kali ke arah penunjuk perasaan semasa satu perhimpunan yang disertai puluhan ribu orang pada Hari Tahun Baru hari ini (1 Januari).

Pada awalnya, tunjuk perasaan itu bermula dengan aman dan bertujuan menggesa pihak berkuasa memberi lebih konsesi selepas lebih setengah tahun protes di Hong Kong.

Namun, ia berubah menjadi tegang separuh jalan, dengan polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang berkumpul di kawasan Wanchai.

Penunjuk perasaan di barisan depan kemudian melontar bom minyak ke arah polis.

Hong Kong dibelenggu protes antipemerintah sejak lebih enam bulan lalu.

Kini, penunjuk perasaan turut meminta demokrasi penuh dan siasatan bebad terhadap dakwaan kekerasan polis.

Tunjuk perasaan hari ini merupakan perhimpunan besar-besaran kedua yang mendapat izin daripada pihak berkuasa selepas kemenangan besar ahli politik prodemokrasi dalam pilihan raya tempatan November lalu. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg