Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Hongkong bersedia di lapangan terbang sebelum tunjuk perasaan bermula

Sep 07, 2019 | 04:05 PM



HONGKONG: Polis Hongkong memeriksa pengangkutan awam yang menuju ke arah lapangan terbang hari ini sebelum bermulanya tunjuk perasaan oleh golongan anti-pemerintah, dalam insiden tunjuk perasaan terkini dalam tempoh 14 minggu di bandar tersebut.


Pihak berkuasa telah mengehadkan khidmat pengangkutan lapangan terbang dan mengawal akses kepada terminal dalam membuat persediaan menghadapi gangguan kedua yang berlaku pada hujung minggu menyusuli tunjuk perasaan yang berubah menjadi ganas malam itu.


Khidmat kereta api ekspres akan beroperasi dari stesen di Pusat Bandar Hongkong terus ke lapangan terbang dan tidak akan berhenti di mana-mana stesen antara kededua stesen tersebut. Hanya mereka yang mempunyai tiket kapal terbang boleh memasuki terminal, menurut pegawai lapangan terbang.


Khidmat bus juga akan diubahsuai untuk memastikan lalu lintas yang lebih lancar.


Pihak polis mengelilingi stesen Ekspres Lapangan Terbang Hongkong dan memeriksa sekurang-kurangnya satu bas yang sedang dalam perjalanan ke arah lapangan terbang sebelum bermulanya tunjuk perasaan petang nanti.


Hanya penumpang dibolehkan memasuki bangunan lapangan terbang atau untuk menggunakan Ekpres Lapangan Terbang.


“Kami berasa agak gementar melihat kesemua pegawai polis ini. Kami telah menyaksikan perselisihan ini di televisyen dan kami tidak ingin menjadi sebahagian daripadanya,” kata Encik Kurt Cruzat, seorang pelajar 20 tahun yang sedang dalam perjalanan untuk belajar di Israel.

“Saya akan berasa gembira sebaik kami berada dalam kapal terbang.” - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >