Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Polis India tahan lelaki yang didakwa curi jam tangan bintang bola sepak Maradona

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Polis India tahan lelaki yang didakwa curi jam tangan bintang bola sepak Maradona

Dec 12, 2021 | 02:19 PM

GUWAHATI, INDIA: Polis India telah menemui jam tangan yang dicuri setelah dihasilkan khusus buat bintang bola sepak Argentina, Diego Maradona. Lelaki yang disyaki melakukan pencurian ini di Dubai sudah diberkas, jelas pihak berkuasa India pada Sabtu (11 Disember).

Polis berkata mereka telah menahan Wazid Hussain di bahagian timur laut Assam dan menemui jam Hublot buatan Switzerland itu selepas Wazid dikatakan terbang ke India selepas mencuri jam itu di Dubai.

Wazid, 37 tahun, bekerja sebagai pengawal keselamatan di firma cendera hati yang berpangkalan di Dubai sejak 2016. Di firma ini, segala cendera hati Maradona tersimpan.

Jam tangan yang dihasilkan dalam satu edisi sahaja dan bernilai sekitar AS$26,500 ($36,000) mempunyai foto bintang itu terukir di belakangnya dan turut tertera tanda tangannya dengan nombor jersinya iaitu nombor 10.

"Walaupun terdapat banyak jam tangan edisi terhad, jam tangan ini dihasilkan khusus buat Maradona," jelas superintendan polis Sivasagar, Rakesh Roushan, kepada agensi berita AFP, sambil menambah maklumat yang diberi adalah daripada pihak berkuasa Dubai.

Maradona yang dianggap sebagai salah seorang pemain hebat dunia bola sepak, meninggal dunia pada November lalu pada usia 60 tahun.

Ketua Menteri Assam, Encik Himanta Biswa Sarma, berkata polis tempatan di India menahan Wazid selepas mendapat tahu mengenai kecurian itu daripada rakan sejawatan di Dubai.

Polis berkata Wazid menafikan dakwaan mencuri itu sambil menambah dia pulang ke Assam pada Ogos lalu untuk menjaga bapanya yang sakit. - AFP

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3