Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Indo lucut permit operasi bar, restoran selepas 6 pekerja didakwa hina Islam

Jun 30, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia melucutkan permit operasi sebuah bar dan rangkaian restoran di ibu negara itu selepas polis mendakwa enam pekerja atas tuduhan menghina agama Islam.



Tindakan itu adalah susulan daripada promosi minuman alkohol di rangkaian Holywings yang menawarkan minuman percuma untuk orang bernama 'Mohammad' atau 'Maria' - perbuatan yang mencetuskan kemarahan di negara majoriti Islam itu.



Menurut pihak berkuasa, 12 cawangan bar di ibu negara itu ditutup kelmarin kerana mereka tidak mempunyai lesen untuk menghidangkan alkohol.



"Pekerja itu melakukan promosi itu dalam usaha untuk memenuhi sasaran jualan," menurut polis.



Aduan dilakukan oleh kumpulan agama dan keenam-enam mereka didakwa mengikut undang-undang menghina agama dan menyebarkan kebencian agama yang boleh dihukum penjara antara lima dengan 10 tahun.



"Suspek membuat promosi dalam usaha untuk menarik pelanggan ke cawangan mereka, terutama yang membuat kurang daripada 60 peratus daripada sasaran jualan mereka," kata Ketua Polis Jakarta Selatan, Encik Budhi Herdi Susianto.



Dalam siaran media sosial yang kini dipadamkan, bar Holywings menawarkan sebotol arak percuma untuk lelaki bernama 'Mohammad' dan wanita bernama 'Maria' - figura popular dalam kitab Injil - setiap Khamis jika mengemukakan kad pengenalan mereka.



Promosi itu menimbulkan kemarahan dalam talian dan beberapa pertubuhan belia melaporkan pihak pengurusan kepada polis kerana didakwa melakukan penghinaan, manakala kumpulan lain mengancam untuk menyerbu lokasi rantaian bar itu.



Selepas kemarahan itu, Holywings mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan mendakwa pengurusan tidak mengetahui mengenai promosi itu.



Sementara itu, penyelidik Indonesia serta penasihat kepada badan hak asasi manusia yang berpangkalan di New York, Human Rights Watch, Encik Andreas Harsono, berkata undang-undang fitnah dan undang-undang yang mengawal aktiviti dalam talian menjadi semakin berbahaya.



"Enam individu ini baru saja membuat promosi alkohol, mungkin tidak masuk akal di negara yang majoriti Islam tetapi tiada jenayah langsung mengikut piawaian antarabangsa," katanya.



Indonesia memenjarakan lebih 150 orang, kebanyakannya daripada agama minoriti, sejak undang-undang menghina agama diluluskan pada 1965, berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Human Rights Watch. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >