Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Indonesia berkas pasangan pengganas

Dec 15, 2016 | 03:55 PM



JAKARTA (Indonesia): Skuad antipengganasan polis Indonesia, Densus 88, telah memberkas satu pasangan dari Tasikmalaya, Jawa Barat, hari ini kerana disyaki terlibat dalam rancangan mengebom sebuah pusat utama di Jakarta, lapor The Jakarta Post hari ini.



Pasangan suami-isteri, dikenalpasti sebagai Hendra Gunawan dan Tutin Sugiarti, telah ditangkap pada 4.30 pagi di sebuah rumah sewa di daerah Sukamaju Kaler, kata jurucakap polis Jawa Barat, Pegawai Pemerintah Kanan Yusri Yunus.



"Pasangan itu kini sedang menjalani soal-siasat di ibu pejabat polis Tasikmalaya," katanya.



Sabtu lalu, Densus 88 telah memberkas empat orang yang disyaki di bandar Bekasi, Jawa Barat dan di Karanganyar, sebuah bandar di Jawa Tengah, kerana dikatakan merancang satu serangan ganas di sebuah kawasan utama, dipercayai Istana Negara, di Jakarta.



Dua suspek pertama, dikenalpasti sebagai MSN dan AS, telah diberkas di jambatan Kalimalang di Bekasi, sementara seorang lagi yang disyaki, wanita berusia 27 tahun dan dikenali sebagai DYN, telah diberkas di sebuah rumah sewa di Bekasi di daerah Bintara Jaya.



Dalam rumah itu, polis menemui bom yang diisi bahan letupan cukup kuat, seberat 3 kilogram dan dimuatkan dalam periuk tekanan (pressure cooker).



Suspek keempat, seorang lelaki yang dikenalpasti dengan huruf 'S'. telah diberkas di Karanganyar pada sebelah petangnya.



Polis percaya Tutin telah terlibat dalam plot yang menjadikan DYN sebagai pengebom nekad.



Suri rumah berusia 37 tahun itu dipercayai telah diperkenalkan kepada MSN sebagai pengebom nekad, yang membantu membuat bom tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >