Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Indonesia gagal serangan pengganas, tangkap dua militan

Nov 28, 2016 | 08:54 AM



JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menggagalkan satu rancangan pengganasan, dengan menangkap dua militan yang mempunyai bahan letupan gred tentera dan kemahiran membuat bom.



Polis berkata pada Ahad (27 Nov) dua militan itu, Saiful Bahri dan Bahrain Agam, sebahagian daripada kumpulan pengganas tempatan yang merancang menyerang bangunan Parlimen, ibu pejabat polis dan stesen televisyen di Jakarta.



Kumpulan itu, yang berpangkalan di Majalengka, Jawa Barat, juga didapati mempunyai TNT dan RDX - bahan elemen utama yang digunakan dalam membuat bahan letupan berkuasa tinggi seperti C4, yang biasanya digunakan oleh tentera.



"Jika kita bandingkan ini dengan pengeboman Bali... sel Majalengka mempunyai bahan letupan dua kali ganda kuat," kata jurucakap polis, Kolonel Rikwanto.



Beliau merujuk kepada pengeboman di Bali pada 2002 oleh rangkaian pengganas Jemaah Islamiyah yang membunuh lebih 200 orang.



Saiful, yang menggunakan alias Abu Syifa, ditangkap pada Ahad di Serang, sebuah bandar di wilayah Banten dekat Jakarta, manakala Bahrain ditahan di Aceh Sabtu lalu (26 Nov).



Kol Rikwanto berkata bahan letupan itu dirampas di Majalengka Rabu lepas, semasa penangkapan Rio Priatna Wibawa, seorang lagi ahli pengganas itu. Sel itu dikatakan ada kaitan dengan Bahrun Naim, seorang pengganas Indonesia yang telah menyertai kumpulan pengganasn Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Beliau berkata Saiful, Bahrain dan Rio semuanya bertindak di bawah arahan Bahrun dan merancang melancarkan serangan di Jakarta.



Rio telah mengaku merancang membuat bom untuk menyerang kedutaan asing, bangunan agama dan kompleks pemerintah di Jakarta.



Menurut polis, Bahrain telah mengumpul tujuh juta rupiah ($742) untuk menubuhkan sebuah makmal membuat bom di rumah Rio di Majalengka, tempat TNT dan RDX itu dirampas.



Saiful, yang terlatih dalam mencampurkan bahan kimia letupan bagi membuat bom, juga membantu menubuhkan makmal itu.



"Kami menahan mereka sebelum mereka selesai membuat bom," kata Kol Rikwanto kepada wartawan.



Tangkapan terbaru datang selepas sekurang-kurangnya tiga militan dipenjara antara empat dan 10 tahun sejak sebulan lalu bagi pelibatan mereka dalam satu serangan pengganas di Jakarta pada 14 Jan.



ISIS mengaku bertanggungjawab bagi serangan tersebut, yang membawa kepada kematian lapan orang, termasuk empat pengganas.



Sementara itu dalam operasi berasingan pada Sabtu (26 Nov), polis jmenangkap sembilan militan setia kepada ISIS.



Sebahagian daripada mereka membantu warga Indonesia lain pergi ke Syria untuk menyertai ISIS, manakala dua mengambil bahagian dalam bantahan pada 4 Nov terhadap Gabenor Jakarta, Encik Basuki Tjahaja Purnama, yang dituduh mereka menghina agama Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >