Topik diikuti
Pergi ke BHkuPolis Indonesia patahkan rancangan serangan Hari Krismas
Dec 22, 2016 | 5:30 AM
Polis Indonesia patahkan rancangan serangan Hari Krismas
JAKARTA: Tiga individu yang disyaki pengganas telah mati dibunuh menyusuli satu serbuan yang dilakukan polis Indonesia di pinggir Jakarta semalam.
Serbuan itu sekali gus meranapkan operasi serangan bunuh diri yang cuba dilakukan kumpulan itu terhadap anggota polis yang berkawal semasa sambutan Hari Natal.