Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Indonesia tahan 37 berkaitan kes bom bunuh diri di Surabaya

Empat lagi ditembak mati oleh polis dalam tindakan membawa mereka yang disyaki ke muka pengadilan
Jun 02, 2018 | 05:30 AM



JAKARTA: Polis Indonesia menahan sejumlah 37 suspek berkaitan pengeboman bunuh diri di Surabaya bulan lalu, kata Ketua Polis, Jeneral Tito Karnavian.



Empat lagi suspek ditembak mati polis dalam tindakan untuk membawa ke muka pengadilan mereka yang bertanggungjawab bagi serangan pada 13 Mei di tiga gereja dan serangan di sebuah balai polis tempatan di bandar pada keesokan harinya.



"Kami bergerak pantas selepas pengeboman bunuh diri itu... dan mengenal pasti pelaku," kata Jeneral Tito, sambil menambah bahawa tindak balas pantas oleh polis membuat orang awam berasa selamat.



Beliau bercakap kepada pemberita kelmarin malam selepas acara iftar bersama ketua angkatan bersenjata Indonesia, Jeneral Hadi Tjahjanto, semasa kunjungan mereka ke ibu pejabat polis Surabaya.



Jeneral Tito tidak mendedahkan identiti suspek tetapi mengesahkan mereka dikaitkan dengan pengeboman bunuh diri terselaras di Surabaya itu oleh dua keluarga dan rancangan serangan yang gagal oleh sebuah lagi keluarga di Sidoarjo.



Seramai 27 orang terbunuh dalam serangan itu, termasuk 13 penyerang, yang dipercayai daripada sel senyap Jemaah Ansharut Daulah (JAD), sebuah kumpulan pengganas tempatan yang setia pada kumpulan militan ISIS.



Jejak bahan letupan gred tentera yang ditemui di tempat kejadian, dan penggunaan wanita serta kanak-kanak dalam pengeboman bunuh diri itu mencadangkan keupayaan taktikal semakin meningkat dalam kalangan pengganas Indonesia.



Serangan di Surabaya, yang berlaku beberapa hari selepas kejadian penculikan tebusan di sebuah pusat tahanan polis, membawa kepada perubahan undang-undang antikeganasan Indonesia yang dirancang bagi mencegah serangan pengganas.



Perubahan yang diluluskan oleh Parlimen pada 25 Mei itu termasuk membenarkan polis membuat tangkapan awal dan menahan suspek pengganas lebih lama bagi siasatan, membolehkan tentera menyokong polis dalam penentangan pengganasan dalam negeri, dan menjadikan perbuatan menyertai kumpulan militan asing seperti sebagai ISIS sebagai satu kesalahan.



Jeneral Tito berkata ada pengajaran daripada serangan pengganasan terbaru itu.



"Pertama, kota indah seperti Surabaya juga boleh menjadi sasaran pengganasan," katanya.



"Kedua, pengganasan hari ini melibatkan keluarga, termasuk ibu dan anak mereka."



Secara berasingan, Agensi Penentangan Pengganasan Kebangsaan (BNPT) kelmarin menandatangani memorandum persefahaman dengan Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia untuk berkongsi maklumat mengenai pejuang pengganas asing (FTF) dan tahanan pengganasan yang sedang ditahan di penjara Indonesia.



FTF biasanya merujuk kepada rakyat Indonesia yang telah menyertai kumpulan seperti ISIS di luar negara.



Angka terkini menunjukkan sekurang-kurangnya 1,489 warga Indonesia telah menyertai ISIS, atau telah meninggalkan rumah mereka untuk cuba menghubungi kumpulan ekstremis di Syria, kadangkala membawa keluarga mereka bersama.



Daripada jumlah itu, lebih 600 telah pulang sendiri atau diusir pulang ke Indonesia.



Ketua BNPT, Encik Suhardi Alius, berkata agensi itu sekarang tidak mempunyai cara bagi memantau FTF atau pejuang asing lain yang mungkin masuk ke Indonesia untuk melancarkan serangan pengganasan, dan berharap dapat bekerja dengan kementerian itu untuk memantau militan itu, lapor agensi berita negara Antara semalam.



Beliau menambah:



"Aliran rakyat Indonesia dan warga asing harus dipantau oleh Direktorat Jenderal Imigrasi." - The Straits Times.




"Pertama, kota indah seperti Surabaya juga boleh menjadi sasaran pengganasan.

Kedua, pengganasan hari ini melibatkan keluarga, termasuk ibu dan anak mereka."

- Ketua Polis Indonesia, Jeneral Tito Karnavian, mengenai pengajaran daripada serangan pengganasan terbaru itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >