Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Indonesia tembak mati tiga militan yang disyaki

Jul 15, 2018 | 04:06 PM





JAKARTA - Pegawai antipengganasan di Indonesia menembak mati tiga anggota militan Islam yang disyaki pada Sabtu (14 Julai) di pusat bandar Yogyakarta, menurut polis.



Jurucakap polis negara, Mohammad Iqbal, berkata pegawai daripada unit elit menembak suspek selepas diserang dengan "senjata tajam dan senjata api".



Dua pegawai mengalami luka lengan dan polis merampas senjata api, peluru dan parang, kata Iqbal.



"Oleh kerana penentangan mereka boleh mengancam kehidupan polis dan orang di sekitar tempat kejadian, kami mengambil tindakan tegas dengan menembak sehingga mereka maut," kata Iqbal sambil menambah bahawa kejadian itu berlaku sekitar 5.30 petang waktu di Yogyakarta yang sibuk di kawasan Kaliurang.



Menurut kenyataan Iqbal,  lelaki itu dipercayai anggota Jemaah Ansharut Daulah (JAD), anggota ratusan kumpulan serpihan yang menyokong militan ISIS yang berada dalam senarai pengganas Jabatan Negara Aemerika Syarikat.



Mayat suspek teroris itu disimpan di hospital polis Yogyakarta, tambah Iqbal.



Polis juga mengerahkan skuad antibom Gegana di lokasi sejurus selepas mayat-mayat suspek terorisitu di diangkut ke hospital.



"Operasi menangkap tiga suspek itu dijalankan bersama pasukan antipengganasan polis Densus 88 dan pasukan petugas antijenayah polis Yogyakarta," kata jurucakap polis Daerah Yogyakarta, Yulianto.



Yulianto menambah bahawa operasi menangkap suspek pengganas itu berikutan penangkapan dua suspek pengganas di pinggir kota Yogyakarta di Mlati dan Bantul pada  Rabu. "Kami telah memantau pergerakan mereka sebelum operasi penangkapan hari ini," katanya.



Laporan menyatakan bahawa seorang rakan tiga suspek yang terbunuh itu dapat melarikan diri dengan motosikal.



Polis sedang berusaha memburunya.



Negara majoriti di Asia Tenggara telah menghadapi lonjakan kumpulan militan Islam.



Pada Mei, sekitar 30 orang terbunuh dalam serangan bunuh diri di Surabaya -- serangan paling dahsyat dalam tempoh sedekad. - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >