SYDNEY: Pegawai Australia hari ini berkata insiden tembakan di Sydney yang membunuh seorang pekerja polis awam semalam (2 Oct) adalah berkaitan pengganas.
Pihak berkuasa turut mengenal pasti lelaki bersenjata itu sebagai seorang budak lelaki berusia 15 tahun.
Budak lelaki itu menembak seorang pekerja jabatan kewangan pada jarak dekat sedang lelaki itu meninggalkan ibu pejabat polis di Parramatta di barat Sydney kelmarin.
Budak itu kemudian terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan polis. - AFP