Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Jakarta perketat kawalan sempena Krismas, Tahun Baru 2019

Dec 24, 2018 | 12:00 PM



JAKARTA: Hampir 168,000 anggota polis sudah dikerah untuk mengawal kira-kira 58,000 lokasi di seluruh Indonesia sempena sambutan Krismas dan Tahun Baru, daripada serangan pengganas dan jenayah lain.



Jurucakap polis, Brig Jeneral Dedi Prasetyo, berkata pada tahun ini, lebih 48,000 gereja dan 1,904 lokasi sambutan Tahun Baru 2019 akan dikawal ketat anggota keselamatan.



Menurut Jakarta Post, lokasi lain yang turut dikawal membabitkan destinasi tumpuan pelancong, pusat beli belah, terminal, pelabuhan, lapangan terbang dan stesen kereta api.



“Jumlah lokasi dan kakitangan yang terbabit meningkat sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya kepada Jakarta Post, baru-baru ini.



Pada Mei lalu, beberapa letupan oleh pengebom nekad yang didakwa dilakukan oleh kumpulan militan Daesh menyebabkan lebih 30 orang maut di Surabaya, Jawa Timur.



Beberapa bom turut dipasang di dua lagi gereja di bandar raya itu, tetapi tidak meletup.



Sementara itu, ketua Agensi Pengurusan Bencana Surabaya, Eddy Christianto, berkata pihaknya sudah menyelaras langkah keselamatan yang perlu dilaksanakan di semua gereja di Surabaya menjelang sambutan Krismas.



“Dalam pertemuan dengan pihak gereja, kami juga meminta mereka supaya mempertingkatkan kawalan keselamatan, termasuk memasang alat pengesan logam dan peralatan lain yang sesuai,” katanya. - Agensi

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >