JOHOR BAHRU: Polis sedang menyiasat laporan mengejutkan mengenai penderaan fizikal dan seksual di sebuah pusat jagaan kanakkanak di Taman Abad yang telah didaftarkan sebagai sebuah tadika tetapi beroperasi sebagai asrama.
Guru disiplin pusat itu, seorang lelaki Afrika dalam lingkungan 40-an, didakwa mendera secara seksual kanak-kanak perempuan yang berumur antara empat dan tujuh tahun.