JOHOR BARU: Video dua budak lelaki yang sedang melakukan aksi ‘Superman’ di belakang kereta yang sedang bergerak tular di media sosial.
Dua budak lelaki itu kelihatan sedang bergayut di belakang kereta yang sedang memecut laju di persimpangan yang dipercayai terletak di Taman Scientex di Pasir Gudang.
Walau bagaimanapun, tiada tarikh atau waktu tertentu yang ditunjukkan dalam video enam saat itu.
Ketua polis daerah Seri Alam Superintenden Ismail Dollah mengesahkan bahawa laporan telah dibuat berikutan aduan oleh pengguna media sosial tentang video tular yang dikongsikan laman Facebook Komunity Taman Scientex pada 12.43 pagi Ahad.
“Aksi kanak-kanak tersebut dan juga pemandu amat berbahaya untuk diri mereka sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain,” kata Superintenden Ismail.
“Bukan itu sahaja, kereta tersebut juga kelihatan memecut dan melanggar lampu isyarat merah di persimpangan itu,” tambahnya.
Katanya, polis telah melancarkan siasatan untuk mengenalpasti pemilik kereta itu atau pemandunya, dan juga dua budak lelaki yang terlibat dalam insiden tersebut. - THE STAR