SEPANG: Polis semalam memperketatkan kawalan keselamatan di Hotel Sama-Sama, yang menjadi lokasi utama sidang media bagi melaporkan perkembangan terkini insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Ia berikutan kekecohan yang berlaku kelmarin apabila sekumpulan warga China, dipercayai anggota keluarga penumpang pesawat, cuba memasuki bilik sidang media sejurus sebelum ia berlangsung.