Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis M’sia: Cameron Highlands tetap selamat bagi pelancong

Dec 27, 2019 | 04:18 PM



KUANTAN: Cameron Highlands aman dan selamat bagi pengunjung, menurut ketua polis Pahang Abd Jalil Hassan.



Beliau menyangkal dakwaan di media sosial bahawa terdapat rusuhan dan tunjuk perasaan di kawasan itu menyusuli operasi yang dilancarkan pihak berkuasa terhadap ladang terlarang.



Sebaliknya,  polis tempatan telah bertindak mengikut undang-undang untuk menyuraikan sekitar 200 orang yang hadir menunjuk perasaan terhadap operasi itu.



“Polis... membantu pejabat daerah dan tanah tempatan yang perlu membersihkan kawasan yang dicerobohi itu.



“Kami juga mendapat jaminan daripada kerajaan negeri Pahang bahawa tindakan diambil mengikut undang-undang, termasuk memberi masa kepada pengendali ladang terlarang itu untuk mengosongkan kawasan,” katanya semalam (26 Disember).



Encik Abd Jalil juga berkata tujuh orang, termasuk dua ahli politik, yang ditahan dalam tunjuk perasaan itu juga telah dibebaskan dengan ikat jamin polis selepas memberi keterangan mereka pada hari yang sama.



Beliau turut mengesahkan bahawa tiada kanak-kanak yang ditahan hari itu dan gambar yang tular di media sosial tidak benar.



“Cameron Highlands masih selamat bagi pelancong,” ujarnya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >