Polis Malaysia jaya sekat rancangan serangan IS

Tahan dua lelaki warga Iraq dipercayai mahu serang beberapa kedutaan asing di KL

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menghalang serangan pertama Negara Islam (IS) ke atas negara ini apabila ia menahan dua lelaki warga Iraq yang menganggotai kumpulan militan itu di Jalan Ampang di sini Khamis lalu.

Dua lelaki tersebut merupakan antara beberapa warga asing yang dipercayai merancang melancarkan serangan ke atas beberapa pejabat kedutaan asing terutama dari negara Asia Barat di Malaysia, lapor Utusan Malaysia semalam.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan