Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Malaysia tahan 10 suspek pengganas

Sep 15, 2018 | 11:20 AM



KUALA LUMPUR: Bahagian Penentangan Pengganasan  Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 10   suspek anggota kumpulan pengganas Asoib (Pemuda dari Timur) dan Ar Rayah Member.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata polis  melancarkan operasi di Selangor, Pahang, Johor, Terengganu, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang dari 11 hingga 31 Ogos lalu yang berjaya menahan 10 suspek itu.



Beliau berkata  mereka terdiri daripada dua sel berasingan yang merancang  menyertai kumpulan pengganas di sebuah negara di Asia Barat dan  melancarkan serangan di tempat maksiat di Melaka serta   Pulau Pinang.



Dalam kes pertama, lima lelaki anggota  kumpulan Asoib membuat tafsiran Imam Mahdi akan muncul di Arab Saudi  tahun ini dan  mereka akan  bergabung dengan tentera Imam Mahdi bagi menentang dajal.



Mereka merancang bergabung dengan satu kumpulan dari Asia Barat bagi melancarkan serangan di sebuah negara bersempadan  negara itu.



Bagaimanapun, lima anggota kumpulan itu berusia antara 39 hingga 53 tahun ditahan dalam operasi di Selangor, Pahang, Johor dan Terengganu.



“Mereka merancang  bergabung dengan satu kumpulan pengganas dari sebuah negara di Asia Barat dan akan dibekalkan dengan pelbagai senjata sejurus tiba di sana,” kata Tan Sri  Fuzi  dalam satu kenyataan pada Jumaat (14 Sep).

Menurutnya,    seorang anggota Asoib sudah berlepas ke negara tersebut  bagi membuat persiapan dan menyelaras operasi serangan.



“Kumpulan ini memberi tafsiran salah terhadap hadis, yang mana mereka percayai bahawa Imam Mahdi akan muncul di Makkah  tahun ini.



“Kumpulan ini dipercayai akan bergabung dengan tentera Imam Mahdi untuk menyerang negara sekular dan menentang dajal,” katanya.



Tan Sri  Fuzi  berkata  lima anggota satu lagi sel ditahan pada 25  dan 31 Ogos lalu di Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang. Kumpulan mereka dikenali sebagai  Ar Rayah Member dan mereka  berusia daripada 18 hingga 50 tahun.



“Suspek utama sel ini merancang  melancarkan serangan bom asap di tempat maksiat di sekitar Melaka bagi menimbulkan suasana panik serta gempar kepada pengunjung dengan harapan  mendatangkan kecederaan, dan lima bom asap yang siap diproses dirampas daripada kumpulan ini.



“Menyusuli  tangkapan suspek utama pada 25 Ogos di Melaka,  polis menahan empat lagi anggota sel ini  pada 31 Ogos di Kelantan dan Pulau Pinang.



“Seorang suspek lelaki warga asing berusia 50 tahun didapati mempromosikan perjuangan kumpulan mereka melalui aplikasi Whatsapp.



“Suspek berperanan mempengaruhi anggota kumpulan untuk menyumbang dana bagi kumpulan itu  membeli senjata api dan peluru menerusi kumpulan Whatsapp Ar Rayah Member,” katanya.



Semua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan pengganasan. – BH Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >