Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Malaysia tangkap 6 disyaki pembuat bom

Jan 16, 2017 | 12:57 PM



KOTA BHARU: Polis Malaysia telah menahan enam lelaki kerana disyaki terbabit membuat bom dalam serbuan berasingan di Pasir Mas pada Ahad (15 Jan).



Suspek, berusia 30-an dan 40-an, ditahan di rumah mereka dalam satu siri serbuan bermula sekitar 4 pagi, agensi berita Bernama melaporkan.



Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata polis menemui beberapa barangan termasuk wayar dan bateri yang dipercayai komponen untuk membuat bom.



"Kami tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh," kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri itu, dengan menggunakan singkatan Bahasa Arab untuk menggambarkan kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Ketua Antipengganasan Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu akhbar The Star sebelum ini bahawa bilangan rakyat Malaysia yang ditahan kerana cuba menyertai ISIS telah menunjukkan trend "membimbangkan". Bilangan itu meningkat setiap tahun sepanjang empat tahun lepas.



Pada 2013, hanya terdapat empat ditahan kerana cuba menyertai kumpulan militan. Bilangan itu meningkat kepada 59 pada 2014 dan 85 pada 2015. Bilangan itu terus naik kepada 119 tahun lepas, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >