Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Malaysia temui lima bom di kondo

Bom
Apr 18, 2016 | 09:17 AM



KUALA LUMPUR: Lima bom buatan sendiri ditemui di sebuah unit kondominium di Selangor berikutan satu serbuan polis, memaksa pemindahan hampir 200 penduduk yang tinggal di blok itu, pada Ahad (17 Apr).



Bahan letupan tersebut kemudian diletupkan di sebuah kuari berhampiran, dalam kejadian yang para pegawai berkata berkaitan samseng dan bukan pengganasan.



Penduduk dibenarkan pulang ke rumah mereka selepas tengah hari.



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, berkata serbuan oleh unit operasi khas polis menyusuli aduan mengenai kegiatan haram di unit kondo tersebut.



"Keselamatan negara di bawah kawalan, dan walaupun polis belum dapat memastikan motif, kami telah mengesan beberapa kemungkinan, yang satu pun tidak ada kaitan dengan IS," ujar Datuk Seri Zahid, lapor akhbar The Star.



IS merujuk kepada kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Ketua polis antipengganasan Ayob Khan Mydin Pitchay berkata serbuan itu bukan berkaitan pengganasan tetapi samseng.



"Ini melibatkan peminjam wang haram tempatan, ahlong," katanya.



Dua rakyat Malaysia yang menyewa unit di tingkat 17 di kawasan perumahan Damansara Perdana itu melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis pada 4.30 pagi, menurut agensi berita Bernama.



Barang lain yang dirampas termasuk paip PVC, serbuk arang batu, wayar dan peledak jarak jauh, dan juga sebuah kotak berisi dadah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >