AMPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak gentar dengan ancaman anggota militan IS rakyat Malaysia menerusi rakaman video yang tersebar luas di media sosial.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata rakaman itu bukan video pertama dimuat naik kumpulan berkenaan tetapi sudah banyak sebelum ini.