ASUNCION (Paraguay): Seorang anggota polis maut apabila puluhan anggota kumpulan jenayah Brazil meletupkan peti besi mengandungi jutaan dolar kelmarin, dalam apa yang disifatkan pegawai sebagai "rompakan abad ini".
Kira-kira 50 penyerang membawa bom tangan dan senjata tentera melancarkan serangan selama dua jam ke atas firma keselamatan dan ibu pejabat polis di bandar Ciudad del Este, kata pihak berkuasa.