Polis M'sia buru dalang rusuhan pusat beli belah

Penghasut, penyebar maklumat palsu supaya orang ramai merusuh sedang dicari pihak berkuasa

RKUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengulangi tekad polis untuk memburu pihak yang melakukan provokasi dalam insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat.

Kenyataan itu dibuat sedang seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan mencuri telefon bimbit Lenovo bernilai RM800 ($286) di Plaza Low Yat, Sabtu lalu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan