KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang disyaki menembak mati Dr Fadi Mohammed Al Batsh, imam dan pensyarah dari Palestin, di semua pintu masuk dan keluar negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lakaran wajah itu dihasilkan berdasarkan keterangan saksi pada hari kejadian.