SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Polis M'sia guna dron pantau kediaman semasa Aidilfitri

Polis M'sia guna dron pantau kediaman semasa Aidilfitri

May 13, 2021 | 5:30 AM

Polis M'sia guna dron pantau kediaman semasa Aidilfitri

PERIKSA KENDERAAN: Satu pandangan udara menunjukkan polis mengendalikan sekatan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur (Kuala Lumpur - Karak) dan memeriksa pergerakan kenderaan di kawasan itu sedang rakyat Malaysia mula menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini. - Foto AFP
PERIKSA KENDERAAN: Satu pandangan udara menunjukkan polis mengendalikan sekatan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur (Kuala Lumpur - Karak) dan memeriksa pergerakan kenderaan di kawasan itu sedang rakyat Malaysia mula menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini. - Foto AFP -

PETALING JAYA: Polis Malaysia memberi amaran bahawa pihaknya akan menggunakan dron atau membuat lawatan mengejut ke rumah-rumah menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Langkah iu demi memastikan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa semalam.

PKP ketiga, yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lalu, diambil sedang kerajaan terus bergelut menghadapi lonjakan kes jangkitan Covid-19 di negara itu.

Polis akan menggunakan dron untuk mengesan pelanggaran peraturan PKP, tetapi penggunaannya akan tertakluk kepada permintaan ketua polis daerah di negeri.

"Pada masa sama, orang ramai dinasihat untuk melaporkan sebarang pelanggaran SOP (prosedur operasi standard) yang berlaku di kawasan kediaman mereka semasa perayaan Aidilfitri kepada pihak polis," kata Asisten Kanan Komisioner M.V. Sri Kumar daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Operasi) Bukit Aman kepada Bernama.

Beliau juga berkata bagi kediaman bertingkat tinggi, polis akan memeriksa log pelawat di premis tersebut.

Di daerah Petaling Jaya di Selangor pula, polis mengatakan mereka akan mengerahkan lapan pasukan untuk melakukan kunjungan mengejut ke rumah untuk menguatkuasakan peraturan mengenai pengunjung dan rumah terbuka.

Penolong Komander OCPD Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata polis akan memperketat pemeriksaan menjelang Hari Raya Aidilfitri dan memberi amaran bahawa mereka yang merancang mengadakan acara tersebut akan menghadapi kompaun RM25,000 ($8,061).

Mereka yang ditangkap akan menghadapi kompaun RM5,000, katanya.

"Kami ingin pastikan tidak ada yang adakan rumah terbuka atau melayan pengunjung, yang dilarang," katanya kepada wartawan.

"Selama Hari Raya, mereka (polis) akan melakukan rondaan di kawasan perumahan."

Di bawah PKP terbaru, lawatan ke perkuburan semasa Hari Raya Aidilfitri juga dilarang.

Selain itu, hanya 50 orang yang dibenarkan masuk ke masjid dan surau, yang boleh memuatkan lebih 1,000; sementara 20 orang dibenarkan masuk masjid/surau yang boleh memuatkan kurang dari 1,000 orang.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Trafik dan Penguatkuasaan Bukit Aman, Mohd Nadzri Husain, berkata polis telah melancarkan operasi Ops Rentas selama seminggu untuk menghalang orang ramai daripada melintas sempadan negeri semasa Aidilfitri.

Beliau berkata operasi yang dimulakan Isnin lalu, juga untuk memastikan mereka yang mempunyai keizinan melakukan perjalanan rentas negeri akan mematuhi semua peraturan lalu lintas. - The Star.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg