Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis M'sia ke Macau bagi dapatkan contoh DNA anak Kim Jong Nam

Feb 23, 2017 | 11:54 AM



KUALA LUMPUR - Pegawai polis Malaysia telah berlepas ke Macau dan dijangka mendapatkan sampel DNA daripada anak Kim Jong Nam, yang takut ke Malaysia berikutan pembunuhan bapanya, lapor media Malaysia.



Memetik sumber, akhbar Cina China Press dan Sin Chew akhbar melaporkan pada Rabu (22 Feb) bahawa Kim Han Sol, 21 tahun, bersetuju memberi sampel DNA kepada polis Malaysia bagi menyiasat pembunuhan Kim Jong Nam. Ia dikatakan diatur oleh Interpol.



Sin Chew berkata tiga pegawai Interpol Malaysia berlepas ke Macau pada Rabu dengan sampel DNA Jong Nam. Ia akan dianalisis bersama sampel yang diberikan anaknya di sebuah hospital tempatan.



Polis Malaysia dijangka mendapatkan sampel DNA Han Sol dalam masa dua hari, tambah laporan itu.



Sampel itu kemudian akan dibawa balik ke Malaysia untuk analisis di Hospital Kuala Lumpur yang menempatkan mayat Jong Nam, menurut China Press.



Ia menambah bahawa selepas keputusan pengesahan DNA dikeluarkan, polis boleh berjumpa keluarga Jong Nam mengenai langkah selanjutnya, termasuk pengendalian mayat Jong Nam.



Han Sol dikatakan tiba di Kuala Lumpur awal minggu ini tetapi pihak berkuasa Malaysia berkata beliau belum tampil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >