KOTA KINABALU - Polis Malaysia menafikan dakwaan yang tersebarluas menerusi media sosial bahawa kompeks membeli-belah di bandar Sabah menjadi sasaran lapan pengebom nekad Abu Sayyaf.
"Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media sosial bahawa beberapa lokasi di bandar Kota Kinabalu khususnya dan Sabah umumnya menjadi sasaran pengebom nekad Abu Sayyaf," kata ketua polis Kota Kinabalu Penolong Pesuruhjaya (AC) Polis M. Chandra hari ini, Sabtu.
Beliau berkata mesej-mesej yang tersebar luas di Facebook dan WhatsApp dan platform media sosial lain telah mencetuskan perasaan tidak senang dan takut di kalangan orang ramai.
AC Chandra berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin itu.
Beliau berkata polis menyiasat kes tersebut di bahawa Akta Ugutan Jenayah dan Akta Komunikasi dan Multimedia dan undang-undang lain terhadap mereka yang menyebarkan maklumat palsu hingga mencetuskan kebimbangan awam.
"Kami sentiasa berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan awam," kata AC Chandra.
Mesej yang menjadi viral itu berpunca daripada apa yang dikatakan maklumat yang dihantar kepada para pegawai polis menyatakan Abu Sayyaf merancang menghantar lapan pengebom nekad ke Kota Kinabalu dan 10 ke Kuala Lumpur. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK