Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis M'sia rampas 284 beg tangan mewah, 72 beg wang dan barang berharga dari kediaman milik Najib

May 18, 2018 | 09:15 AM



KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan pihaknya telah memeriksa tiga kondominium mewah milik mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan merampas 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama mewah dan 72 beg berisi barang kemas, wang tunai, jam tangan dan lain-lain barang berharga.



Datuk Amar Singh menerangkan polis telah memeriksa enam lokasi kesemuanya sejak Rabu lalu termasuk Pejabat Perdana Menteri dan kediaman Datuk Seri Najib di Taman Duta dan empat lain kediaman milik beliau.



Di salah sebuah kediaman tersebut, Pavilion Residences, polik merampas jumlah barang terbanyak setelah memenuhi lima trak polis dengan ratusan kotak mengandungi beg berjenama Hermes Birkin, antara lain.



Astro Awani juga melamporkan seorang pegawai polis meninggalkan kondominium itu dengan membawa mesin mengira wang.



Bertemu wartawan di luar kondominium tersebut awal pagi Jumaat (18 Mei), Datuk Amar Singh berkata kediaman tersebut kepunyaan seorang "Tan Sri" namun enggan mengulas lanjut.



"Jumlah keseluruhan barangan tidak dapat dipastikan," kata beliau.



"Kami akan mengira semuanya dan akan selesai esok," tambahnya.



Sebahagian besar kotak-kotak yang dimuatkan dilekat dengan gambar-gambar beg Birkin dengan label seperti "Brown Ostrich".



Datin Rosmah Mansor, isteri kepada Datuk Najib, terkenal sebagai menggemari beg Birkin. 



Setiap beg berharga antara $16,000 dengan $400,000.  



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >