Topic followed successfully
Go to BHkuPolis M'sia tingkat pengawasan ekoran serangan di Indonesia
Polis M'sia tingkat pengawasan ekoran serangan di Indonesia
Polis M'sia tingkat pengawasan ekoran serangan di Indonesia
KUALA LUMPUR: Polis di Malaysia akan terus berjaga-jaga dan mempertingkat tahap pengawasan untuk mengelak sebarang ancaman pengganas, kata ketua polis Abdul Hamid Bador, ekoran dua serangan di negara jiran Indonesia.
Inspektor-Jeneral Abdul Hamid berkata divisyen cegah pengganasan polis telah ditugaskan untuk mengumpulkan bahan risikan mengenai kumpulan pengganas di negara itu.
"Serangan yang berlaku baru-baru ini di Indonesia adalah amat dasyat.
"Polis Malaysia akan sentiasa berjaga-jaga dan memantau sebarang perkembangan berhubung pengganasan," ujar beliau apabila dihubungi The Star.
Menurut Tan Sri Abdul Hamind, sebarang ancaman pengganasan tidak boleh diambil remeh.
"Kami juga bersedia memberikan bantuan kepada rakan seangkatan di Indonesia untuk mengekang ancaman pengganasan," ujar beliau lagi.
"Ancaman pengganasan harus ditangani dengan cepat."
Pada masa ini, pihak berkuasa di Indonesia sedang berjaga-jaga bagi serangan ke atas polis dan rumah ibadah selepas dua serangan serupa baru-baru ini.
Ini adalah serangan pengebom bunuh diri di katedral Katolik di Sulawesi dan serangan pistol oleh seorang wanita di ibu pejabat polis Indonesia.
Dalam insiden terkini yang berlaku kelmarin, wanita tersebut telah memasuki ibu pejabat tersebut selepas memberitahu pengawal beliau ingin pergi ke pejabat pos di perkarangan yang sama.
Polis berkata Zakian Aini, 25 tahun berjalan dengan tenang ke arah pejabat pos sebelum mula menembak dengan pistol.
Dia ditembak mati oleh polis yang membalas tembakkannya.
Media di Indonesia berkata wanita itu bertindak sendirian dan menggunakan pistol udara yang ditembak menggunakan gas nitrogen.
Tiada orang lain cedera dalam insiden itu.
Difahami, Zakiah telah menerbitkan bendera kumpulan militan Isis di akaun Instagram beberapa jam sebelum serangan tersebut.
Dia juga mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga menerusi WhatsaApp.
Pada 28 Mac, pasangan suami isteri meletupkan bom dan diri mereka sendiri di pagar sebuah gereja Katolik di Makassar.
Seramai 20 orang lain tercedera dalam insiden itu, termasuk pegawai keselamatan dan penganut yang berada di sana.
Pasangan suami isteri itu dipercayai anggota Jemaah Anshorut Daulah, yang sebelum ini telah sumpah setia kepada Isis. - Agensi berita

