Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Pakistan tahan 19 pekerja enggan beri burger percuma

Jun 14, 2021 | 09:38 PM



LAHORE: Sekumpulan anggota polis di Pakistan berang dan bertindak di luar kawalan apabila menahan 19 pekerja sebuah restoran yang enggan memberi burger percuma kepada mereka.



Pekerja restoran Johnny & Jugnu di sebuah bandar di timur Lahore dikumpul dan ditahan selama kira-kira tujuh jam Sabtu lalu, menyebabkan dapur tidak dijaga dan pelanggan kelaparan.



"Ini bukan kali pertama kejadian sebegini berlaku terhadap pekerja restoran kami, namun kami berharap ini adalah yang terakhir," kata restoran itu dalam satu kenyataan di media sosial.



Kes itu tercetus apabila pekerja restoran terbabit menolak permintaan 'daripada individu istimewa berprofil tinggi', yang mahukan burger percuma.



Kakitangan restoran itu memberitahu AFP bahawa kebanyakan pekerja yang ditahan adalah golongan muda, termasuk pelajar universiti.



Susulan desakan orang ramai yang berang dengan kejadian berkenaan, sembilan anggota polis yang terbabit digantung tugas semalam, kata seorang pegawai polis kanan wilayah itu, Inam Ghani, di Twitter.



"Tiada yang siapa yang boleh bertindak sesuka hati melampaui undang-undang," katanya.



Anggota polis Pakistan kerap dikaitkan dengan amalan rasuah dan meminta suapan atau habuan daripada perniagaan tempatan.



Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, menggesa rombakan pasukan polis Punjab dan berkata 'kroni' dilantik oleh ahli politik untuk mengawal balai polis. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >